Polis kesan beberapa individu lokasi provokasi di Dataran Guchil

POLIS sedang mengesan beberapa individu yang melakukan provokasi terhadap anggotanya, dan mengeluarkan kata-kata ancaman, di Dataran Guchil, Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata kejadian berlaku semalam ketika pihak berkuasa sedang menjalankan operasi pemantauan sempena Aidilfitri, sekitar pukul 2 pagi.

Kata beliau, polis pada mulanya mengesan tindakan sekumpulan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang berlumba di antara lampu isyarat Batu Balai dan Guchil.

“Semasa polis membuat pemeriksaan di Dataran Guchil, terdapat seorang penunggang motosikal terjatuh melanggar sebuah motosikal lain semasa mengelak dari pemeriksaan polis.

“Seorang anggota dari Balai Polis Kuala Krai cuba menahan individu terlibat, namun berlaku pergelutan sehingga menyebabkan anggota berkenaan mengalami kecederaan,” katanya dalan satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berikutan pengelutan itu sekumpulan orang awam berkumpul dan mula mengganggu tugas polis.

“Ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata ancaman kepada polis berkenaan. Tindakan provokasi tersebut dipercayai telah mencetuskan ketegangan di lokasi kejadian,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau keadaan berjaya dikawal selepas polis mengambil pendekatan profesional dan berhemah bagi mengelakkan ketegangan meningkat.

Menurut Mazlan, dalam operasi yang berakhir pada pukul 6 pagi itu sebanyak tiga buah kereta dan motosikal masing-masing disita serta 34 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala dua individu ditahan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img