KUALA Lumpur kini diletakkan di bawah amaran cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga), menurut kemas kini pukul 4 petang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Ibu negara itu merupakan antara 15 kawasan yang berada di bawah amaran sama.
Turut tersenarai ialah seluruh negeri Perlis; beberapa daerah di Kedah iaitu Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; kawasan timur laut serta utara Pulau Pinang; serta beberapa kawasan di Perakmeliputi Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar.
Menurut MetMalaysia, amaran Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, amaran Tahap 2 (gelombang haba) kini dikeluarkan bagi tiga kawasan di Kedah, iaitu Pendang, Padang Terap dan Baling, selepas suhu harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius berterusan selama tiga hari berturut-turut. Jumlah kawasan terlibat meningkat daripada hanya satu kawasan pada sebelah pagi kepada tiga kawasan setakat ini.
Status terkini cuaca panas boleh dirujuk melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia.
IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI
FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


