Kementerian Kewangan sekat kad pengenalan individu isi RON95 dalam bekas

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan mengambil tindakan menyekat kad pengenalan susulan video memaparkan individu mengisi petrol RON95 ke dalam suatu bekas.

Dalam satu kenyataan MoF menegaskan, Kementerian itu memandang serius video tular di media sosial, memaparkan individu mengisi RON95 ke dalam bekas di sebuah stesen minyak yang didakwa berlaku di sebuah stesen minyak di Skudai, Johor.

Katanya, siasatan mendapati individu terbabit merupakan warganegara dan pemegang MyKad.

“MoF akan mengambil tindakan dengan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi tersebut serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati BUDI95,” kata kenyataan itu.

Menurut MoF,  perbuatan tersebut jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api, dan berpotensi menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar, dan berkesan.

“Kerajaan amat menghargai rakyat yang cakna dan menyalurkan aduan berhubung isu ini dan  tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api,’’ kata kenyataan berkenaan.

Kementerian juga memberi jaminan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img