Iran rancang ‘kejutan baharu’ untuk AS-Israel

IRAN telah merancang “kejutan baharu” dalam beberapa hari akan datang susulan konflik berterusan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel.

Menurut sumber tentera Iran, pelaksanaan rancangan tersebut berpotensi menghasilkan “kesan yang sangat besar” terhadap perjalanan perang semasa.

Dalam masa sama, sumber berkenaan mendakwa Presiden AS, Donald Trump, kini berdepan kegagalan dalam pilihan ketenteraan dan sedang mencari jalan keluar daripada kebuntuan konflik tersebut.

“Trump kini menyeret peperangan daripada kapal-kapalnya yang berundur ke dalam rangkaian sosial,” kata sumber itu, merujuk kepada operasi Iran terhadap kapal perang AS di rantau berkenaan, lapor Tasnim News Agency.

Sumber itu turut mendakwa bahawa keupayaan peluru ofensif dan defensif AS berada pada tahap yang lemah, sekali gus menyukarkan sebarang kemenangan ketenteraan.

Katanya, usaha untuk membuka semula Selat Hormuz melalui pendekatan ketenteraan juga tidak menunjukkan kejayaan.

“Berikutan kekurangan peluru, Trump kini hanya ‘menembak’ dengan kata-kata, yang hanya menambah aib,” kata sumber tersebut.

Beliau menegaskan bahawa, berbeza dengan janji-janji Trump yang disifatkan kosong, Iran telah bersedia dengan beberapa kejutan yang akan menjadikan hasil konflik lebih jelas dalam masa terdekat.

Sumber itu turut menyindir Trump agar “mengalihkan perhatian daripada telefon dan media sosial,” sebaliknya memberi tumpuan kepada perkembangan di ruang udara, pasaran saham serta harga minyak global.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img