TENTERA Iran mengumumkan bahawa armada dronnya telah melancarkan serangan tepat ke atas industri aeroangkasa dan pembuatan senjata utama Israel ketika konflik memasuki hampir sebulan.
Dalam satu kenyataan, pihak tentera memaklumkan bahawa beberapa siri serangan dron berjaya dilancarkan pada awal pagi. Serangan tersebut menyasarkan kemudahan industri senjata milik Rafael Advanced Defense Systems di Haifa serta fasiliti aeroangkasa berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion Airport di Tel Aviv.
Menurut kenyataan itu, Rafael merupakan pemaju teknologi ketenteraan utama yang bertanggungjawab terhadap sistem pertahanan canggih seperti Iron Dome dan David’s Sling.
Sejak tercetusnya perang, Tentera Iran telah melaksanakan pelbagai operasi ketenteraan di bawah operasi dikenali sebagai “Operation True Promise 4”, yang dilancarkan susulan serangan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran pada akhir Februari.
Sebelum ini, pusat logistik dan ketenteraan Rafael juga dilaporkan pernah menjadi sasaran serangan peluru berpandu balistik oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Tambah kenyataan itu lagi, dron Iran turut mengenai beberapa pesawat pengisian bahan api yang ditempatkan di lapangan terbang tersebut dalam operasi pada Selasa.


