Kanak-kanak 7 tahun maut dilanggar kereta ketika melintas

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Jalan Kota Kuala Muda, Sungai Petani malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, anggotanya di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Muda menerima maklumat terdapat kemalangan melibatkan kereta dipercayai terlanggar pejalan kaki di lokasi di Kota Kuala Muda.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.23 malam.

“Pemandu kereta dipercayai dari arah Kota Kuala Muda hendak menuju ke Pulau Sayak, namun ketika dalam perjalanan dan kenderaan sedang bergerak lurus, tiba-tiba kanak-kanak itu melintas secara mengejut dari arah kiri jalan ke hadapan laluan kereta berkenaan.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar kanak-kanak berkenaan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik berkenaan, ” katanya lapor BuletinTV3

Hanyan berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img