Ramanan dakwa Rafizi menteri  gagal, penakut, cuba pecah belah PKR

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan hari ini menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli sebagai menteri yang gagal dan penakut.

Katanya, Rafizi tidak mencipta apa-apa kejayaan  ketika berada dalam Kabinet dan kini hanya bijak mengkritik serta mengecam kerajaan.

‘’Dia adalah menteri yang gagal..apa kejayaan dia..tak ada…bagi saya dia adalah penakut. Dia tahu dia telah gagal, dia cepat-cepat letak jawatan. Sekarang apa dia buat…dia buat kerja yang dia buat sebelum inilah…kutuk, hentam, tunjuk dia yang paling hebat..(soalnya) mana kehebatan kamu semasa kamu menteri? ,’’ katanya.

Ramanan  berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Sungai Buloh bagi menjawab dakwaan berkaitan isu mafia korporat melibatkan Ahli Perniagaan Victor Chin.

Ketika ditanya apakah pandangan beliau terhadap kenyataan Rafizi dalam isu tersebut, Ramanan berkata;

‘’Saya keliru sebab saya nampak macam dia yang melindungi korporat mafia ini. Dia mengatakan agensi kerajaan salah, SPRM tak betul, AMLA tak betul. Apa niat dia?..Macam nak lindungi mafia korporat ini. Saya nak bagi tau kes yang macam ni dia (seolah-olah) lindungi orang…dia hentam parti , (adakah) nak selamatkan orang macam ni? Apa agenda dia?.’’

 Ramanan berkata, Rafizi adalah bekas Timbalan Presiden dan bekas Menteri yang gagal, oleh itu jika apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan tersebut tidak dijawab balik, orang ramai akan menganggap ia betul.

 Mengenai isu mafia korporat dan dakwaan beliau adalah ‘Mr R’ yang menerima RM9.5 juta daripada Victor Chin, Ramanan mencabar mana-mana pihak termasuk Rafizi untuk menamakan dirinya sekira ingin dikaitkan dengan isu berkenaan, sambil menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Rafizi seolah-olah telah membuat kesimpulan bahawa perkara ini benar-benar berlaku walaupun tiada nama disebut dan fakta belum diperincikan. Ini menimbulkan persepsi bahawa wujud agenda tidak sihat untuk memecahbelahkan parti,” katanya.

Mengenai keperluan siasatan dalaman oleh PKR, Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata setakat ini tiada bukti kukuh yang mengaitkan mana-mana ahli Parlimen parti dengan dakwaan berkenaan.

Ditanya sama ada Rafizi bertindak secara sendirian dalam isu berkenaan, Ramanan enggan membuat sebarang spekulasi. 

‘’Bagi saya terlalu banyak spekulasi melucukan tetapi saya tidak mahu menjadi seperti dia , saya tak mahu buat spekulasi, menyebarkan khabar angin atau menciptta naratif palsu.Kita bercakap berdasarkan fakta, kita cakap dengan benar, dan kita cakap dengan bukti, biarkan Rafizi ’selling  ice to an Eskimo’,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img