Benarkan kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz, Anwar ucapkan terima kasih kepada Iran

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Presiden Iran, Masoud Pezeshkian yang membenarkan kapal tangki minyak Malaysia melalui Selat Hormuz.

“Sekarang, kita dalam proses melepaskan kapal minyak Malaysia dan pekerja terlibat supaya dapat meneruskan perjalanan pulang,” katanya dalam perutusan khas.

Anwar berkata, beliau telah menghubungi Pezeshkian dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi membincangkan ketegangan di Asia Barat.

Beliau turut bercakap dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif buat kali ketiga untuk mendapat keterangan tentang langkah perdamaian susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

“Tetapi, tidak mudah kerana Iran berpandangan mereka tertipu berulang kali dan sukar menerima langkah ke arah perdamaian tanpa sesuatu yang boleh mengikat perjanjian dan jaminan keselamatan bagi negara mereka.

“Tempiasnya juga berlarutan ke Lubnan, lebih sejuta kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Dan jangan lupa, pokok pangkal masalah Palestin dan Gaza belum terurus, malah bencana itu menyebabkan mereka lebih sengsara,’ kata beliau.

Perdana Menteri menegaskan, sekatan di Selat Hormuz serta gangguan bekalan minyak dan gas global berpotensi memberi impak kepada Malaysia, namun negara dalam kedudukan lebih baik hasil keupayaan syarikat tenaga nasional Petronas menguruskan bekalan dan kestabilan tenaga.

‘’ Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong usaha keamanan serantau sambil memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat serta ekonomi negara terus terpelihara.Kerajaan telah menyatakan pendirian tegas menentang kezaliman, penindasan dan pencerobohan Israel seta AS. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila tindak balas Iran bukan sahaja memberikan kesan kepada Israel, malah tempiasnya turut dirasai negara Teluk,’’ katanya.

Beliau berkata, Malaysia bersyukur kekal aman dan stabil, namun tidak terlepas daripada kesan konflik memandangkan hubungan rapat negara dengan Iran serta negara Teluk dalam aspek perdagangan, pelaburan, pendidikan dan kebudayaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img