KEMENTERIAN Perdagangan Kemboja mengumumkan harga runcit baharu bahan api berkuat kuasa hari ini susulan perubahan pasaran antarabangsa serta langkah subsidi kerajaan.
Harga petrol biasa (Gasoline 92) ditetapkan pada 5,450 riel seliter (kira-kira RM6.30), manakala diesel (Gasoil 10ppm) ditetapkan pada 7,100 riel seliter (kira-kira RM8.20).
Anggaran harga sebelumnya (sekitar Mac 2026), petrol: kira-kira 6,800 riel seliter (RM6.60) manakala diesel kira-kira 6,700 riel seliter (RM6.50) maknanya untuk harga baharu petrol turun dari 6,800 → 5,450 riel ( turun RM1.30/liter) manakala diesel naik sedikit dari ~6,700 → 7,100 riel (naik RM0.40/liter)
Kerajaan Kemboja terus membantu rakyat dengan menurunkan harga melalui pengurangan cukai dan duti khas. Selain itu, kerajaan turut menanggung pengurangan harga sebanyak 6.5 sen AS seliter (kira-kira RM0.30) bagi meringankan kos sara hidup rakyat.
Langkah tambahan turut diambil apabila harga minyak dunia meningkat, iaitu pengurangan sebanyak 1 sen AS seliter (kira-kira RM0.05) apabila harga petrol antarabangsa melebihi AS$90 (RM423) setong dan diesel melebihi AS$100 (RM470) setong.
Berdasarkan kenaikan berterusan harga bahan api global, Perdana Menteri Kemboja turut memutuskan beberapa langkah lanjut:
*Mengurangkan cukai tambahan ke atas petrol dan diesel kepada 0%
*Mengurangkan cukai khas diesel daripada 4% kepada 0%
*Menurunkan cukai nilai tambah (VAT) petrol dan diesel daripada 10% kepada 4%, dengan kerajaan menanggung baki 6%
Langkah itu bertujuan mengurangkan beban rakyat serta menstabilkan harga bahan api di negara tersebut.


