Kanak-kanak 8 tahun maut akibat hentakan objek tumpul, 4 ahli keluarga ditahan

POLIS menahan empat  ahli keluarga ditahan berikutan kematian kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun akibat hentakan objek tumpul di kepala dan leher, di Taiping.

Ketua Polis Taiping ACP Abdul Malek Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Taiping.

Katanya, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Zon Merah pada 12.43 tengah hari, Khamis.

“Doktor yang bertugas telah memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit, namun mangsa tidak menunjukkan pemulihan peredaran spontan (ROSC) sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.12 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada badan mangsa, manakala keputusan bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan pada bahagian kepala dan leher disebabkan hentakan objek tumpul,” katanya lapor Bernama.

Susulan itu, Abdul Malek berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Beliau berkata, empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 53 tahun, yang juga ahli keluarga mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Semua suspek direman tujuh hari bermula 27 Mac.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img