11 individu termasuk OKU terselamat dalam kebakaran rumah

SEBANYAK 11 individu termasuk seorang orang kurang Upaya (OKU) terselamat selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.21 malam.

Menurutnya, sepasukan 14 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kelas A.

“Mereka yang berjaya menyelamatkan diri terdiri daripada tiga lelaki, tiga wanita, seorang wanita OKU, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kediaman itu terbakar 80 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img