Bergaduh ditegur merokok, mekanik ditahan selepas pulang ‘ride’ dari Thailand

SEORANG mekanik bengkel ditahan polis semalam selepas bergaduh kerana ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata suspek berusia 49 tahun itu ditahan di Persiaran Kayangan Seksyen 9 selepas pulang menunggang motosikal dari Thailand.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk proses reman,” katanya.

Tambahnya, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lalu.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu berang selepas tiga kali ditegur merokok oleh suami mangsa.

Suspek bangun dan menghampiri pasangan berkenaan serta didakwa menghembus asap rokok ke arah mangsa sebelum berlakunya pertengkaran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img