Dua beranak ditemukan maut dipercayai akibat kebocoran gas penyaman udara

DUA beranak ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat kebocoran gas penyaman udara di Jalan Solok Hilir, Paya Rumput Melaka tengah malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar, berkata kejadian pada 12.24 tengah malam melibatkan Zabanah Abu Hussin, 57, dan anaknya Intan Nur Shafiqah Othman, 25, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

“Mangsa berasal dari Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah dipercayai tertidur dan ditemukan orang awam yang menyedari mereka berada terlalu lama dalam kenderaan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (Ex Kesidang) 2025 di Ayer Keroh hari ini.

Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sampel darah mangsa dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian dadah, alkohol dan karbon monoksida manakala kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dengan siasatan lanjut diteruskan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img