Butir matan palsu RM4 juta: SPRM reman seorang lagi suspek

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan perjalanan berjumlah kira-kira RM4 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 6 April depan terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pengurus besar sebuah syarikat peranginan disyaki bersubahat dengan seorang suspek lelaki iaitu penyedia perkhidmatan akaun sebuah syarikat perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan yang sebelum ini ditahan reman pada Rabu lalu.

“Penahanan reman ke atas suspek berkaitan kes yang sama iaitu mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan-tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan; yuran perakaunan; pembelian genset dan diesel.

“Selain itu, ia turut melibatkan pembayaran kad kredit; tuntutan keraian; perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit (petty cash); tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti; tuntutan pembayaran kerja-kerja landskap serta pembayaran gaji,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img