SPRM reman kakitangan syarikat perunding kes tuntutan RM4 juta

SEORANG kakitangan penyedia perkhidmatan akaun di sebuah syarikat perundingan pengurusan perniagaan di ibu negara direman selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan perjalanan kira-kira RM4 juta.

Perintah reman empat hari sehingga 4 April depan terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 8 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 sehingga 2025.

“Suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan-tuntutan seperti perjalanan dan pengangkutan, yuran perakaunan, pembelian jana kuasa dan diesel, pembayaran kad kredit, tuntutan keraian, perbelanjaan ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE), tuntutan tunai runcit, tuntutan belanja yang tidak dikenal pasti serta tuntutan pembayaran kerja landskap dan pembayaran gaji,” kata sumber itu hari ini.

Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img