Wanita tersepit bawah LRT cedera, berjaya diselamatkan bomba

SEORANG wanita cedera selepas terjatuh dan tersepit di bawah tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam kejadian di Stesen LRT Abdullah Hukum, Bangsar, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 6.19 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dikerahkan ke lokasi.

Komander Operasi, PKPgB Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, sebaik tiba pada jam 6.24 petang, pihaknya mendapati mangsa berusia 39 tahun tersepit di bawah LRT.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka akibat kejadian tersebut.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 6.38 petang sebelum diberikan rawatan awal di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img