Pengawal keselamatan dipercayai mati dibunuh, polis tahan lelaki

POLIS menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah taman perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku  kira-kira jam 1 pagi di sebuah pondok keselamatan taman perumahan tersebut.

“Mangsa yang mengalami kecederaan akibat serangan fizikal dibawa ke Hospital Shah Alam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 4.18 pagi.

“Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa di lokasi kejadian yang mana suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan objek tumpul,” katanya.

Vijara Rao berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berjaya mengesan dan menangkap suspek serta merampas sebatang besi pengunci kereta yang dipercayai digunakan dalam kes ini.

“Semakan lanjut mendapati suspek berusia lingkungan 40-an itu mempunyai lapan rekod lampau jenayah serta dua rekod berkaitan dadah. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img