Duda campak kucing di kedai dobi dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda

SEORANG duda anak tiga yang tular dalam kes mencampakkan anak kucing ke dinding sebuah kedai dobi, dipenjara selama enam bulan selepas gagal membayar denda RM60,000 di Mahkamah Sesyen Kajang hari ini.

Toh Teck Hooi, 49, yang tidak bekerja dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Khainur Aleeza Ismail.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendera anak kucing jantan berwarna hitam dengan kejam iaitu mencampaknya ke dinding dan tilam berulang kali di sebuah kedai dobi di Taman Kajang Prima antara jam 3.30 hingga 4 pagi pada 2 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 29(1) akta sama.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Mohd Sharif Sabran, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memuat naik video berdurasi selama 59 saat di aplikasi sosial miliknya memaparkan kesalahan berkenaan.

Sehari kemudian, Pegawai Kebajikan Haiwan JPV Selangor menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal ke atas anak kucing tersebut mendapati, kaki kanan belakang haiwan itu disyaki tercedera kerana ia menunjukkan tanda-tanda tidak selesa apabila disentuh.

Ia juga kelihatan tidak aktif dan kurang bermaya. Suspek kemudiannya ditangkap dan ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu lalu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img