Mahkamah keluarkan waran tangkap untuk dua anak lelaki Tun Daim

DUA anak lelaki bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Muhammed Amir dan Muhammed Amin dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, selepas gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadapi pertuduhan kes.

Perintah itu juga dikeluarkan selepas anak ketiga dan keempat bekas ahli politik itu tidak hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Majistret Illi Marisqa Khalizan mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat.

Semalam, anak perempuan Allahyarham Daim, Asnida hadir di ibu pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan hampir lima jam, bermula 10 pagi.

Asnida didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.

Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img