Kementerian Kewangan nafi buka permohonan tambahan had RON95

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) menafikan membuka permohonan tambahan had subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95).

Dalam satu kenyataan MoF berkata, kuota 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.

‘’Pada awal pelaksanaan BUDI95, fungsi permohonan kuota tambahan dibuka bagi kes tertentu seperti pemandu e-panggilan dan pemilik bot, tertakluk kepada kriteria ditetapkan, dan tidak terpakai kepada keperluan peribadi pengguna.

“Fungsi permohonan tambahan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Susulan itu, butang permohonan ini telah dinyahfungsikan,” kata kenyataan tersebut.

MoF turut menegaskan sekali lagi bahawa had kuota 200 liter sebulan hanya langkah sementara berikutan tekanan pasaran tenaga global yang berterusan, sehingga meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhemah.

“Data menunjukkan had 200 liter mencukupi bagi 90% pengguna BUDI95. Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh membeli RON95 sehingga RM398 sebulan, dengan kerajaan menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima.

“Kerajaan akan terus melindungi rakyat, memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan, serta memantau rapi pasaran tenaga global dan bersedia membuat penyesuaian sewajarnya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img