Trump tangguh serangan selama dua minggu, Iran setuju henti serang balas, buka Selat Hormuz

DONALD Trump bersetuju untuk menangguhkan serangan ke atas Iran selama dua minggu.

Dalam kenyataan melalui media sosial Truth Social, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan perbualan dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Panglima Tentera Pakistan  Asim Munir dari Pakistan.

‘’Mereka telah meminta saya supaya menangguhkan kekuatan pemusnah yang dijadualkan dihantar malam ini ke Iran, serta tertakluk kepada Republik Islam Iran bersetuju untuk membuka Selat Hormuz secara penuh, serta-merta dan selamat, saya bersetuju untuk menggantung pengeboman dan serangan ke atas Iran untuk tempoh dua minggu. Ini akan menjadi gencatan senjata dua hala,’’ katanya.

Trump mendakwa, AS berbuat demikian kerana telah mencapai semua objektif ketenteraan, dan kini berada sangat hampir kepada satu perjanjian muktamad berkenaan keamanan jangka panjang dengan Iran, serta keamanan di Asia Barat.

‘’ Kami telah menerima cadangan 10 perkara daripada Iran, dan percaya ia merupakan asas yang boleh dilaksanakan untuk rundingan. Hampir semua perkara utama pertikaian sebelum ini telah dipersetujui antara Amerika Syarikat dan Iran, namun tempoh dua minggu ini akan membolehkan perjanjian tersebut dimuktamadkan dan direalisasikan sepenuhnya,’’ katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Sayed Abbas Araghchi dalam kenyataan balas berhubung perkara itu berkata, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi negara tersebut menegaskan jika serangan terhadap Iran dihentikan, Iran juga akan menghentikan operasi pertahanan mereka.

‘’Untuk tempoh dua minggu, laluan selamat melalui Selat Hormuz akan dibenarkan melalui penyelarasan dengan Angkatan Bersenjata Iran dan dengan mengambil kira batasan teknikal,’’ katanya.

Aragchi berkata, keputusan itu dibuat sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Pakistan dalam ciapannya, serta mengambil kira permintaan Amerika Syarikat untuk rundingan berdasarkan cadangan 15 perkara mereka, dan juga pengumuman Trump mengenai penerimaan rangka umum cadangan 10 perkara Iran sebagai asas rundingan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img