Pelajar 15 tahun maut selepas lakukan aksi wheelie

SEORANG remaja lelaki yang dipercayai melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau wheelie maut apabila motosikal ditungganginya terlibat kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kampung Pelong, Sungai Tong di Setiu petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, remaja terbabit, Muhammad Aidil Rayqal Azman, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kemalangan membabitkan tiga buah motosikal model Honda C100, Yamaha Y16ZR dan Yamaha Y15ZR.

Menurutnya, remaja terbabit dikatakan menunggang motosikal model Honda C100 bersama dua lagi motosikal dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong menuju ke simpang empat Kampung Sungai Pelong – Kampung Sungai Tong.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika remaja itu dipercayai sedang melakukan aksi ‘wheelie’ kira-kira jam 6.45 petang.

“Dia dipercayai terlanggar bahagian tempat duduk belakang Yamaha Y16ZR menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh di bahu jalan kiri,” katanya kepada media hari ini.

Menurut Mohd Zain, penunggang motosikal Yamaha Y15ZR di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar kepala remaja terbabit.

“Pelajar itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak dengan tidak menggunakan kenderaan tanpa lesen dan menunggang secara berbahaya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img