YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembah taklimat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai perkembangan semasa pentadbiran serta kemajuan projek pembangunan negeri.
Seri Paduka Baginda yang juga Sultan Johor turut dipersembah taklimat berkait perkembangan semasa pentadbiran serta kemajuan projek-projek pembangunan negeri Johor, termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Menurut hantaran dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perkembangan berkenaan dipersembahkan dalam sesi menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru.
Sesi menghadap itu turut disertai Penasihat Undang-Undang Johor, Datuk Abd Aziz Engan.


