YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan di Istana Bukit Tunku hari ini.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembah perkembangan terkini berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi baginda, perbincangan itu turut menyentuh pelbagai isu semasa.
“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa,” kata kenyataan itu.


