FAMA perkasa Jualan Agro MADANI sokong langkah penjimatan rakyat

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini mengumumkan pelaksanaan Pelan Intervensi Pembekalan dan Pemasaran Hasil Pertanian komprehensif bagi mendepani impak krisis tenaga global.

Menerusi pelan itu, FAMA akan memperkasa pelaksanaan Jualan Agro MADANI dengan memperluas inisiatif ‘Jimat Dapur Rakyat’ yang menyasarkan sebanyak 2,399 sesi di seluruh negara bermula April hingga September tahun ini.

“Pelaksanaan ini akan dijalankan secara berfasa, dengan Fasa 1 dari April hingga Mei melibatkan 872 sesi, manakala Fasa 2 dari Jun hingga September dipertingkatkan kepada 1,527 sesi,” menurut FAMA dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Program berkenaan turut akan dilaksanakan secara berterusan di premis seliaan FAMA termasuk Agrobazaar FAMA, Pusat Operasi FAMA dan lokasi strategik lain.

Kenyataan FAMA itu menambah, melalui inisiatif Jualan Kombo MADANI dan jualan promosi itu, kumpulan sasar bakal menikmati potongan harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan, sekali gus bertindak sebagai mekanisme perlindungan kepada pengguna daripada kesan kenaikan kos sara hidup.

Selain itu, FAMA memaklumkan bahawa langkah itu selari dengan usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan serta akses barangan asas kepada rakyat pada harga rendah di seluruh negara.

“FAMA komited untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui kerjasama erat dengan pengeluar, pemborong dan peruncit, bagi menjamin keterjaminan makanan negara, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membina sistem makanan lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang krisis global pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img