MCMC rakam keterangan 22 individu bantu siasatan sebar berita palsu krisis tenaga global

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka sebanyak 36 kertas siasatan berkait penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital, melibatkan krisis tenaga global.

Susulan itu, sebanyak 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan. Selain itu, enam kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian dan tindakan selanjutnya.

ANTARA individu yang dipanggil MCMC untuk dirakam keterangan (kanan) berhubung penyebaran kandungan berita palsu berkaitan krisis tenaga global. GAMBAR: MCMC

Menurut kenyataan MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

“MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap manamana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” kata kenyataan MCMC yang dikeluarkan hari ini.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial dan media digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img