KPDN nafi kenaikan harga LPG subsidi, syarikat terlibat akan dipanggil

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan dakwaan sebuah syarikat berhubung pelarasan harga gas petroleum cecair (LPG).

KPDN menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mesej tular berhubung pelarasan harga gas LPG oleh sebuah syarikat di Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan itu, pelarasan harga yang dipaparkan membabitkan silinder gas komersial dan bukannya silinder gas domestik bersubsidi.

“Bagaimanapun, satu tindakan segera telah diambil bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan bersandarkan perundangan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

“Pihak KPDN juga ingin memaklumkan sebarang kenaikan harga barang-barang dalam senarai barang kawalan seperti LPG hendaklah dirujuk kepada pihak KPDN,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat tidak sahih atau memanjangkan aduan kepada KPDN di saluran aduan WhatsApp 019-848 8000; portal e-Aduan KPDN (https://eaduan.kpdn.gov.my); Call Centre 1-800-886-800; dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img