Tiga lagi suspek kes bunuh di Buntong ditahan

POLIS menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 25 tahun dalam kes pergaduhan di Buntong, Ipoh pada Isnin lalu.

Ketiga-tiga lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan di kawasan Pasar Awam Buntong kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek dibenarkan selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Tangkapan terbaharu ini menjadikan tangkapan keseluruhan empat individu termasuk suspek utama yang telah direman selama tujuh hari sejak semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mangsa dilaporkan maut selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selain Seksyen 326 dan 148 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan parah serta merusuh.

Muhammad Najib berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham, namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Sementara itu katanya, dua rakan mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut masih menerima rawatan, masing-masing di hospital kerajaan dan hospital swasta, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih lemah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img