Kakak pelakon antara 2 ditahan bersabit kes syabu

POLIS menahan dua wanita termasuk seorang daripadanya dipercayai kakak kepada seorang pelakon untuk membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis syabu.

Serbuan dilakukan jam 6.45 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Dalam serbuan itu, wanita berusia lingkungan 50-an ditahan bersama seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an itu dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan di Bedong, dekat Sungai Petani.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan dadah dalam sebuah beg silang dalam balutan plastik berwarna hitam yang diikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram di atas katil dalam bilik di rumah berkenaan.

Berikutan itu, kedua-dua suspek dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan membabitkan dua wanita itu dan memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img