HARGA petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen di seluruh negara mulai esok, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik 70 sen.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 seliter berbanding RM4.95 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.27 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia akan ditetapkan pada RM6.72 seliter, meningkat daripada RM6.02 seliter.
Sementara itu, petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 akan kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga-harga bahan api ini berkuat kuasa sehingga 15 April.


