YB Ahmad Fadhli, pujilah Thailand tapi jangan lupa ‘SARA dan RAHMAH’ di Malaysia

PENULIS tertanya-tanya apa sebenarnya mesej yang mahu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari apabila melalui Facebook beliau memaparkan cerita Thailand menurunkan harga 3,000 barang.

Dalam catatan itu, Ahmad Fadhli bagaikan begitu kagum terhadap kempen Thai Help Thai untuk bantu rakyat hadapi kos sara hidup. Beliau turut memperkatakan bagaimana ada penglibatan pemain utama sektor peruncitan seperti Lotus’s, Makro Thailand, Tops Market dan GO Wholesale.

Hasilnya kata beliau, lebih 3,000 barang keperluam asas terus dipotong harga…ada yang sampai 58 peratus antara beras, ayam, ikan,barang dapur. Barang lain seperti sabun, syampu, pencuci ada diskaun 50 peratus.

Kata beliau lagi, mereka guna produk ‘house brand’ yang kualitinya baik tapi harga murah. Akhir sekali Ahmad Fadhli ucap tahniah kepada rakyat Thailand atas keprihatinan kerajaan.

Tidak mengapalah kalau Ahmad Fadhli mahu terus teruja dengan langkah Thailand turunkan harga 3,000 barang, tidak mengapalah sebagai seorang pemimpin Kelantan yang bersebelahan Thailand, oklah beliau hendak memuji jiran. Itu sikap yang baik.

Selain itu mahu ucap tahniah kat rakyat Thailand atas keprihatinan kerajaan mereka..silakan.. cuma sebagai seorang Ahli Parlimen, apa salahnya  kalaupun  tak mahu puji atau ucap tahniah, jeling-jelinglah sikit apa yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat.

Bukan apa… bimbang, orang ingat Ahmad Fadhi sebagai Ahli Parlimen Malaysia seolah-olah tidak nampak atau buat-buat tak nampak apa yang dilakukan kerajaan.

Penulis bukanlah menyebelahi kerajaan, ada juga beberapa tindakan kerajaan, penulis nampak ada kelemahan tetapi dalam soal mengurangkan beban rakyat, penulis merasakan Malaysia pun apa kurangnya.

Kalaulah Thailand boleh menurunkan harga 3,000 barang, rakyat Malaysia boleh menikmati 140,000 barangan asas dalam 15 kategori di lebih 10,000 kedai seluruh negara. Atas keprihatinan kerajaan, tiga program diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat iaiatu Sumbangan Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA RM100 ONE OFF.

Mungkin kalau Ahmad Fadhli lupa, penulis boleh ingatkan beliau kembali mengenai program yang dilaksanakan atas keprihatinan kerajaan itu.

*SARA diperkenalkan pada tahun 2024 melibatkan 1.8 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion untuk tahun 2026. Ia diberikan kepada golongan miskin antara RM100-RM200 SEBULAN, maksimum boleh mencecah hingga RM2,100 sebulan.

*STR pula yang diperkenalkan pada 2023 membolehkan penerima seramai 8.5 juta hingga 8.6 juta menerima wang tunai RM50 hingga RM200 boleh cecah RM2,100 setahun. Dengan peruntukan RM1.7 bilion.

*SARA RM100 ONE OFF yang diperkenalkan pada tahun 2025 diberikan kepada 22 juta penerima dengan peruntukan RM2.2 bilion.

Selain itu YB Ahmad Fadhli jangan lupa atas keprihatinan kerajaan, program jualan Rahmah / Program Jualan Harga Rendah juga diadakan bagi membolehkan rakyat mendapat keperluan harian dengan harga 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah daripada pasaran.

Walaupun Ahmad Fadhli menyenaraikan  pemain utama sektor runcit terlibat dalam program pemerintah Thailand bagi membolehkan rakyat mendapat barang berkualiti, penulis percaya ia tiada bezanya dengan 140,000 barang yang ditawarkan oleh negara kita.

Sebagai seorang yang penerima SARA RM100 ONE OFF, bukan kata penulis malah majoriti rakyat Malaysia mengakui barang-barang yang ditawarkan di negara kita juga berkualiti.

Kesimpulannya, penulis tidak kisah untuk Ahmad Fadhli memuji mana-mana negara termasuklah Thailand dalam soal ‘keprihatinan kerajaan’ tetapi jangan lupa ‘bumi yang kita pijak’ juga perlu diberi sedikit pujian.

Mungkin dalam pelaksanaan sama ada SARA, STR mahupun SARA RM100 ONE OFF ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi janganlah kita langsung tidak mahu ‘ucap tahniah kepda rakyat Malaysia atas keprihatinan kerajaan’.

 Berbeza fahaman politik dengan kerajaan bukanlah kesalahan, tidak sependapat dengan kerajaan pun bukan sesuatu yang luar biasa tetapi janganlah sampai keprihatinan kerajaan mahu ‘ditimbus’ begitu sahaja tanpa secebispun pengiktirafan.

Berpolitiklah tetapi yang baik kata baik, yang kurang berilah teguran bukannya yang baik mahu dilupakan, yang kurang jadi kecaman…Itu politik tidak bijak namanya…sesungguhnya  rakyat menilai..

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img