ANCAMAN sindiket pelaburan saham tidak wujud melalui media sosial berterusan apabila di Chukai Terengganu, seorang pengajar sambilan instrumentasi menjadi mangsa pada Jun lalu, akibatnya dia mengalami kerugian RM872,290 selepas terperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi media sosial, pada Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata lelaki 59 tahun itu yang membuat laporan polis semalam mengetahui pelaburan tersebut melalui iklan Facebook pada 24 April sebelum menghubungi wakil syarikat berkenaan.
“Suspek telah memasukkan mangsa ke kumpulan WhatsApp dan mengarahkannya memuat turun satu aplikasi untuk tujuan berkaitan keuntungan pelaburan.
“Mangsa menggunakan wang simpanan termasuk daripada Tabung Haji dan menggadai emas untuk membuat 21 pelaburan menerusi transaksi pemindahan wang ke 11 akaun bank dari 4 Jun hingga 8 Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Razi berkata mangsa membuat laporan polis selepas sedar ditipu kerana hanya menerima pulangan RM1,000. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


