40 kanak-kanak jayakan Program Sunathon 2025 Co-opbank Pertama

LEBIH 40 kanak-kanak berusia 5 hingga 14 tahun menyertai Program Sunathon Mega 2025 di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

Program yang bertujuan meringankan beban golongan memerlukan diadakan dengan kerjasama antara Co-opbank Pertama (CBP), Persatuan UMBI Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia juga bagi menyediakan kemudahan berkhatan secara selamat dan teratur untuk kanak-kanak di perumahan awam tersebut.

Program itu yang bertemakan ‘Ringankan beban, Perkukuh komuniti’ dijayakan oleh lebih 20 petugas termasuk doktor pakar daripada Persatuan UMBI serta kakitangan JKM WPKL.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata, program itu bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan perubatan dan tuntutan agama, tetapi menunjukkan sikap keprihatinan dan tanggungjawab CBP untuk membantu meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.

‘’Program ini mencerminkan komitmen berterusan CBP dalam menyokong kesihatan komuniti serta memperkukuh hubungan silaturahim antara penduduk setempat,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img