Cape Verde negara kedua paling kecil  layak ke Piala Dunia

Cape Verde  menjadi negara kedua terkecil yang layak ke Piala Dunia selepas pasukan dari kepulauan itu menewaskan Eswatini 3-0 di laman sendiri.

Kemenangan itu memastikan Blue Sharks (jerung biru) menjuarai kumpulan kelayakan mereka dan meraih tempat ke Piala Dunia 2026, mengatasi gergasi bola sepak benua seperti Cameroon.

Dailon Livramento membuka tirai jaringan untuk tuan rumah di Praia, sebelum Willy Semedo menambah gol kedua.

Pertahanan veteran, Stopira, menambah gol ketiga pada masa kecederaan sebelum wisel penamat dibunyikan, mencetuskan suasana kegembiraan di Stadium Kebangsaan yang berkapasiti 15,000 penonton.

Layak ke Piala Dunia adalah satu sejarah dan pencapaian luar biasa bagi Cape Verde namun pada hujung September lalu negara kecil itu turut menunjukkan keberanian luar biasa apabila tidak membenarkan kapal membawa peluru ke Israel singgah di pelabuhannya.

Sebuah negara kepulauan yang terdiri daripada 10 pulau di Lautan Atlantik, Cape Verde mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 525,000 orang menurut angka terkini daripada Bank Dunia. Negara ini merdeka dari Portugal pada tahun 1975 dan mula mencuba nasib ke Piala Dunia pada kempen kelayakan edisi 2002 di Jepun dan Korea Selatan.

Pasukan ini telah membuktikan keupayaan mereka melebihi jangkaan dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dalam beberapa tahun kebelakangan ini, apabila mereka mara ke suku akhir pada penampilan sulung tahun 2013 dan sekali lagi pada tahun 2023. Kini, mereka berada di ranking ke-70 dunia.

Iceland, yang menyertai Piala Dunia 2018 di Rusia, adalah satu-satunya negara dengan jumlah penduduk lebih kecil yang pernah layak ke kejohanan berprestij ini.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img