Trump-El Sisi tandatangan dokumen tamatkan perang Gaza, iktiraf penubuhan dua negara

Presiden Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani dokumen keamanan komprehensif di Sharm El-Sheikh, Mesir  menandakan langkah bersejarah ke arah menamatkan perang pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Perjanjian itu, yang dikenali sebagai Perjanjian Sharm El-Sheikh untuk Menamatkan Perang di Gaza, diisytiharkan pada 9 Oktober 2025, bertujuan untuk menghentikan konflik, melancarkan rangka kerja bagi keamanan, serta memulakan proses pembinaan semula dan penstabilan politik serantau.

Dalam ucapanya El-Sisi menyifatkan perjanjian itu sebagai satu pencapaian yang menandakan lahirnya sinar harapan sejati.

‘’Ia menjanjikan penutupan satu babak menyakitkan dalam sejarah manusia, membuka era baru keamanan dan kestabilan di Timur Tengah, serta menjamin masa depan yang lebih baik bagi rakyat rantau ini yang telah lama menderita akibat konflik,’’ katanya lapor egypttoday.com

Beliau menegaskan sokongan penuh Mesir serta komitmen untuk melaksanakan pelan itu, dengan menekankan bahawa ia mewujudkan horizon politik yang perlu bagi mencapai Penyelesaian Dua Negara.

“Langkah itu adalah satu-satunya jalan untuk memenuhi aspirasi sah kedua-dua rakyat Palestin dan Israel menutup lembaran konflik dan hidup denga naman,’’ katanya.

El Sisi turut mengimbas peranan bersejarah Mesir dalam usaha damai, melalui kunjungan bersejarah Presiden Anwar El-Sadat ke Baitulmaqdis pada tahun 1977.

“Detik penting itu membuka satu perjanjian baru  yang menawarkan peluang kehidupan kepada generasi akan datang. Ia menunjukkan bahawa keselamatan rakyat tidak dapat dicapai hanya dengan kekuatan ketenteraan,” katanya.

Beliau berkata, hari ini, Mesir bersama rakan Arab dan Islamnya menegaskan semula bahawa keamanan ialah pilihan strategik.

‘’Puluhan tahun pengalaman telah membuktikan bahawa pilihan sebegini hanya mampu kekal jika berteraskan keadilan dan hak yang sama untuk semua bangsa,’’ tegasnya.

Mengenai negara Palestin, Presiden Mesir itu secara tegas menyatakan, semua bangsa di rantau ini berhak memiliki negara berdaulat.

‘’Rakyat Palestin tidak terkecuali. Mereka mempunyai hak yang tidak boleh dinafikan untuk menentukan nasib sendiri dan masa depan bebas daripada perang. Mereka berhak hidup dalam kebebasan, di dalam negara merdeka mereka sendiri berdampingan dengan Israel dalam aman, selamat  dan saling menghormati,’’ katanya.

Beliau menyeru Israel agar merebut peluang bersejarah ini dan menggesa semua pihak bekerjasama menuju masa depan yang adil dan harmoni.

“Marilah kita bersatu tenaga untuk membentuk keamanan yang adil dan berkekalan bagi semua rakyat di rantau ini.

“Sekarang adalah masa untuk membina Timur Tengah yang bebas daripada segala ancaman terhadap kestabilan dan kemajuannya. Sebuah rantau di mana semua rakyat menikmati keamanan, maruah, sempadan yang selamat dan hak yang terjamin. Rantau yang kebal daripada keganasan dan ekstremisme, serta bebas sepenuhnya daripada senjata pemusnah besar-besaran,’’ katanya.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img