Dua murid Tingkatan Satu maut, motosikal dinaiki bertembung Nissan Serena

DUA murid lelaki Tingkatan Satu maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Bukit Keluang, Besut 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Wan Mohamad Shahronny Wan Rosli dan Nik Aqil Faizin Nik Abdul Aziz, masing-masing berusia 13 tahun.

Beliau berkata, insiden dipercayai berlaku apabila sebuah Nissan Serena dipandu seorang pensyarah wanita di Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Mizan dilanggar oleh motosikal Yamaha Y16ZR yang dinaiki dua murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah itu.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika kereta Nissan Serena dari Taman Persiaran Limbongan keluar dari simpang untuk membelok ke kanan manakala motosikal yang ditunggang Wan Mohamad Shahronny dari arah Bukit Keluang menghala ke sekolah.

“Mereka gagal mengelak lalu melanggar bahagian depan kereta berkenaan dan menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azamuddin berkata, mayat dua remaja itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img