Ketua Pengarah Pendidikan ingatkan gejala negatif jangan simpan di bawah karpet’

*Polis  pandang serius pentadbir sekolah  selesai masalah libat keselamatan pelajar tanpa campur tangan pihak berkuasa – Ketua Polis negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad mengingatkan supaya setiap gejala negatif yang berlaku di sekolah harus dilaporkan bukannya ‘disimpan di bawah karpet’.

Katanya, anyak perkara negatif antaranya kes amang seksual dan buli tidak dibawa keluar untuk tindakan.

“Jika semua mahu disimpan dalam karpet, seolah-olah hanya perkara baik saja yang ada…tetapi hakikatnya ada sesuatu yang berlaku.

“Ini umpama duri dalam daging dan umpama bom atom yang hanya tunggu untuk meletup saja. Ia memang menyedihkan (kes negatif di sekolah) dan tiga bulan saya memegang jawatan sebagai ketua pengarah, banyak data dalam gejala ini saya kutip,” katanya pada Majlis Peluncuran Program Kempen Anti Buli anjuran polis, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, walaupun setiap hari (sekolah dan guru) menerima aduan sama ada amang seksual dan buli, ia harus diberi perhatian.

“Perhatian itu penting untuk kita duduk bersama menyusun strategi, menyusun kerjasama dan memikul tanggungjawab,’’ katanya.

Mengulas lanjut, beliau menzahirkan rasa gembira apabila ‘perkara disimpan di bawah karpet’ itu ditarik keluar dan menarik perhatian ramai.

“Dari perhatian, kita mula sedar, perlunya ada inisiatif baharu untuk kita bangunkan program bagi mendidik generasi muda hari ini,” katanya.

 

Sementara itu bercakap kepada media seleps majlis berkenaan, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang turut berkata, polis memandang serius tindakan pentadbir sekolah dan guru yang cuba menyelesaikan masalah membabitkan keselamatan pelajar tanpa campur tangan pihak berkuasa.

Beliau berkataa keadaan itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya sebarang kejadian membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera untuk diselesaikan pada peringkat awal lagi.

“Jangan cuba menyembunyikan fakta atau kejadian yang berlaku di sekolah, pentadbir atau guru perlu berkongsi maklumat supaya masalah dapat diselesaikan segera. Ini untuk memastikan ibu bapa juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sekolah anak mereka,” katanya.

Mohd Khalid turut memberi jaminan sekolah di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat walaupun berlaku beberapa kes jenayah yang mendapat perhatian masyarakat sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, walaupun terdapat laporan kes buli dan keganasan fizikal serta seksual, ia masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu termasuk bilangan pelajar serta guru.

“PDRM sendiri sentiasa berusaha memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.

“PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan anak di sekolah terjamin, tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Khalid menasihati ibu bapa memantau penggunaan telefon pintar dan media sosial anak supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur negatif.


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img