INSKEN taja tujuh usahawan sertai SEWF 2025 di Taiwan

SERAMAI tujuh usahawan sosial tempatan telah terpilih untuk menyertai delegasi rasmi Malaysia  ke Forum Perusahaan Sosial Sedunia – Social Enterprise World Summit (SEWF) 2025, di Taipei, Taiwan  bermula hari ini hingga 31 Oktober.

Dalam satu kenyataan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berkata, penyertaan itu mencerminkan komitmen berterusan INSKEN  dalam memperkasa usahawan sosial tempatan serta mewujudkan kesan sosioekonomi yang mampan melalui pembangunan perniagaan berimpak tinggi.

Tujuh usahawan itu ialah Drop & WashcSdn. Bhd., Ibupreneur, Jom Makcik Sdn. Bhd. Koperasi Kongsi Selangor Berhad, Opah Delitaste Enterprise, Borneo Fertilyst dan Arus Academy Sdn. Bhd.

Viviantie Sarjuni

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN,  Viviantie Sarjuni berkata, penyertaan INSKEN sebagai penaja tujuh usahawan sosial ke SEWF 2025 tersebut  memberikan peluang unik kepada  delegasi Malaysia untuk berinteraksi, belajar dan mempamerkan model perniagaan mereka  ke pentas antarabangsa.

Beliau juga berharap agar INSKEN dapat memperkasakan lebih  banyak agensi atau entiti negeri di seluruh Malaysia supaya setiap negeri mampu meneruskan agenda keusahawanan sosial sekiranya berlaku perubahan mandat di peringkat persekutuan.

Setiap peserta dipilih berdasarkan kriteria seperti model perniagaan sosial yang inovatif dan mempunyai potensi untuk meningkatkan skala impak, serta komitmen kepada agenda sosio-ekonomi inklusif di Malaysia.

Selain usahawan sosial, Malaysia turut diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Rahman  Mohd Din dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub.

SEWF 2025 yang dihoskan oleh Social Enteprise World Forum dengan kerjasama Impact Hub  Taipei merupakan platform utama global untuk usahawan sosial, inovator dan penggiat  impak yang bertemu, berkongsi dan mencetus transformasi sosial.

 Bertemakan  “Collective Action for People and Planet”dijangka menyaksikan penyertaan ribuan delegasi  dari lebih 50 buah negara.

Bersempena dengan SEWF 2025, INSKEN turut memperkukuh komitmennya dalam  pembangunan usahawan sosial dengan bertindak sebagai rakan strategik kepada Sabah  Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) bagi Rural Social Enterprise Gathering  yang akan berlangsung di Sabah pad 1 – 3 November 2025.

Untuk rekod, INSKEN adalah sebuah agensi di  bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dipertanggungjawabkan untuk membangun dan memperkasa ekosistem keusahawanan  sosial di Malaysia.

INSKEN berperanan menyediakan program latihan keusahawanan sosial  yang berstruktur bagi memperkukuh kapasiti usahawan sosial tempatan, di samping  menyokong proses pensijilan dan akreditasi sebagai perusahaan sosial yang diiktiraf.

Sehingga September 2025, INSKEN telah berjaya membantu 498 usahawan mendapatkan  penarafan keusahawanan sosial. Usaha ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan  usahawan yang bukan sahaja berdaya saing dari segi ekonomi, malah menyumbang kepada  impak sosial yang mampan dan inklusif.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img