Pekerja pembersihan UiTM maut langgar kuda melintas jalan

SEORANG pekerja pembersihan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan seekor kuda melintas jalan.

Kejadian berlaku di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau, kira-kira pukul 7.10 pagi tadi.

Mangsa, Rajak Ismail, 59, ketika itu dalam perjalanan dari arah rumahnya di Serkam menuju ke UiTM Jasin, maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Nor Azlinda Nordin berkata, siasatan awal mendapati, penunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR itu dipercayai telah melanggar haiwan tersebut yang melintas jalan dari arah kiri jalan.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran dan pihak polis telah mengesan serta menemu bual pemilik kuda berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img