Sesi bersekolah kembali ke Januari mulai 2026 – Fadhlina

KALENDAR akademik tahun 2026 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri-negeri Kumpulan A, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 11 Januari 2026.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi negeri-negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan akan bermula sehari selepas itu, iaitu pada 12 Januari 2026.

Katanya, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilaksanakan secara berperingkat dan tertib, tanpa mengganggu pengoperasian institusi pendidikan.

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat.

“Usaha ini menyerlahkan tekad Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh muat turun Kalendar Akademik Tahun 2026 di portal rasmi KPM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img