UMNO untung besar jika benar KJ akan sertai semula parti

TEKA-teki ke mana hala tuju politik bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin semakin jelas apabila beliau dikatakan akan kembali menyertai parti tersebut sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.

Memetik laporan Berita Harian,  sumber berkata bekas Ahli Parlimen Rembau itu sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Isyarat restu itu disampaikan sendiri Timbalan Perdana Menteri kepada Khairy atau KJ ketika beliau menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Ahad lalu.

“Pada pertemuan itu Zahid sendiri memaklumkan supaya Khairy menghantar borang keahliannya untuk kembali menjadi ahli UMNO.

“Khairy dijangka membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sabah nanti. Ini memandangkan sebahagian calon yang bakal ditampilkan parti nanti adalah seusia dan rakan-rakan politiknya,” katanya.

Sumber itu berkata, Khairy juga dikatakan sudah dipertimbangkan untuk dinamakan sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mewakili kawasan Parlimen Kepala Batas.

“Parlimen itu adalah kawasan tradisi bapa mentuanya, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

ULASAN:

Sememangnya penyertaan semula Khairy yang dipecat daripada UMNO pada Januari 2023 akan memberi keuntungan besar politik kepada parti tersebut.

Ketika UMNO ketandusan pemimpin pelapis untuk menerajui parti itu kehadiran Khairy akan memberi sinar baharu kepada parti tersebut yang semakin merosot pencapaian dalam pilihan raya.

Khairy akan menjadi pemangkin bagi menarik semula sokongan orang muda kepada parti tersebut. Apa yang lebih penting penyertaan berkenaan itu juga akan membolehkan bekas Menteri Kesihatan itu membuka kembali jalannya menuju ke kemuncak politik.

Namun apa yang pasti, jika benarlah Khairy akan menyertai semula UMNO, ia langkah yang tepat kerana selama inipun semangat UMNO tidak pernah luntur di hatinya, perjuangan UMNO tidak pernah terpadam di jiwanya dan kecintaan kepada UMNO tidak pernah hilang di fikirannya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img