‘’Panggil Muhyiddin beri keterangan…hanya dia boleh jawab’’ Saifuddin

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Saifuddin Abdullah menggesa supaya Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin berhubung tuduhan yang dihadapinya.

Katanya, gesaan itu dibuat memandangkan tuduhan ke atas beliau berkaitan cadangan supaya  Muhyiddin melepaskan jawatan tersebut.

“Beberapa persoalan hanya boleh dijawab oleh Muhyiddin, bukan oleh pengadu, penyiasat, saya atau Lembaga Disiplin. Maka adalah wajar dan perlu untuk beliau dipanggil bagi memberikan penjelasan sebelum sebarang keputusan dibuat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifuddin menegaskan, Lembaga Disiplin hanya boleh membuat keputusan terhadap kesnya selepas meneliti keterangan daripada Muhyiddin, kerana isu yang dibangkitkan mempunyai kaitan langsung dengan kepimpinan tertinggi parti.

Tegasnya, jika jawapan Muhyiddin menunjukkan bahawa cadangan meletakkan jawatan itu tidak menjejaskan parti atau menyerang kepimpinan, maka ia tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

Sementara itu Saifuddin yang hadir untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin Bersatu di Petaling Jaya hari ini  mengemukakan tiga tuntutan kepada Lembaga Disiplin termasuk dua ahli lembaga, iaitu Pengerusi Datuk Mohammed Radzi Manan dan ahli Sasha Lyna Abdul Latif, mengundurkan diri kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Katanya, hubungan kekeluargaan antara Mohammed Radzi dengan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Ketua Srikandi Nolee Ashilin Radzi, menimbulkan risiko terhadap kebebasan serta ketelusan proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin.

Selain itu, beliau turut meminta nama penyiasat dan pihak pendakwa terhadap kesnya dijelaskan, bagi memastikan tiga peranan iaitu penyiasat, pendakwa dan penentu keputusan tidak dilaksanakan oleh individu atau kumpulan sama.

Saifuddin berkata, beliau bersedia menghadiri semula sesi Lembaga Disiplin sekiranya ketiga-tiga tuntutannya dipenuhi, termasuk kehadiran Muhyiddin bagi memberikan penjelasan rasmi.

“Saya akan beri kerjasama penuh kepada Lembaga Disiplin  jika proses ini dijalankan secara adil dan telus,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img