MetMalaysia sahkan Taufan Kalmaegi dikesan 976 km dari Kudat, Sabah

TAUFAN Kalmaegi yang membadai Filipina kini dikesan kira-kira 976 kilometer (km) dari barat laut Kudat, Sabah berdasarkan cerapan setakat jam 2 petang ini.

Bagaimanapun, menurut Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kedudukan taufan itu berada pada latitud 13.3 Utara dan longitud 110.7 Timur, kira-kira 153 km ke Timur Laut Tuy Hoa, Vietnam.

Jelas agensi itu, pergerakan taufan dilaporkan ke arah Barat dengan kelajuan 30 km per jam manakala kelajuan angin maksimum 176 km per jam.

“Jarak dari bandar terdekat kira-kira 976 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini media melaporkan, Taufan Kalmaegi berada kira-kira 405 km dari barat laut Kudat, Sabah, berdasarkan dapatan pada jam 8 malam Rabu.

Setakat semalam, angka kematian akibat Taufan Kalmaegi di Filipina meningkat melebihi 90 orang hari ini manakala puluhan lagi hilang dan mengalami kecederaan.

Secara keseluruhannya, seramai 706,549 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, termasuk 436,911 yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) Filipina.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img