‘’Berani jemput KJ demi masa depan UMNO’’ – Akmal

KETUA Pemuda UMNO Dr.Akmal Saleh berkata, pergerakan itu mengalu-alukan semula kehadiran ahli yang masih setia dengan perjuangan parti, termasuk mereka yang pernah digantung atau dipecat.

Katanya, sejak tahun pertama memimpin sayap Pemuda, beliau konsisten menekankan UMNO tidak boleh terus berpecah dan perlu disatukan bagi memastikan kekuatan parti terus terpelihara.

“Kenapa nak gaduh lama-lama saya kata. Jadi biarlah kita bersatu, bertaut, yang penting Umno ini boleh dibawa ke depan,” katanya pada sidang media selepas forum ‘Reformasi Sistem Pendidikan Pada Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Forum itu dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan turut menjemput bekas Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang dikatakan akan kembali menyertai parti berkenaan selepas digantung sejak Januari 2023.

Akmal berkata, mereka menjemput Khairy demi masa depan Umno.

“Berani (anjurkan program ini) kerana masa depan negara dan berani jemput KJ demi masa depan Umno,” katanya yang turut menerima tepukan gemuruh hadirin.

Kehadiran Khairy menarik perhatian hadirin ada antara mereka  berdiri dan melaungkan ‘hidup Khairy’ berulang kali.

Dalam forum itu, Khairy mencadangkan beberapa usaha membantu meringankan tugas guru antaranya menggunakan bantuan kecerdasan buatan (AI) bagi penyediaan bahan mengajar dan urusan pemarkahan pelajar.

Ketika ditanya wartawan berhubung permohonannya menyertai UMNO, Khairy berkata, beliau akan maklumkan bila  ‘sampai masany.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img