Penunggang motosikal maut terbabas rempuh penghadang besi

SEORANG penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 196, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, sebelum susur keluar Ayer Keroh, Melaka petang semalam.

Mangsa, Muhammad Sufian Khairul Anwar, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa dari  Ampang, Selangor dalam perjalanan ke Johor untuk bercuti dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang ketika mangsa dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan lebuh raya dan merempuh penghadang besi.

“Akibat hentaman itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Sinar Harian.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut sementara motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat hentaman kuat pada penghadang jalan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana menyebabkan kematian akibat menunggang secara cuai atau berbahaya,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img