PRN Sabah : Setiap calon PKR tandatangan aku janji beserta bon perjanjian RM10 juta jika belot

SETIAP calon PKR bagi PRN Sabah ke-17 menandatangani surat aku janji beserta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya membelot amanah kepada parti.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Fuziah Salleh seusai majlis pengumuman calon PKR malam ini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga komitmen 100% calon kepada parti, pengundi dan kawasan yang diwakili dapat melaksanakan amanat diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu,” menurut kenyataan.

PKR mengumumkan 10 calon yang akan ditawarkan kepada rakyat Sabah, yang bersiap sedia untuk memilih wakil masing-masing pada 29 Nov.

Nama yang diumumkan antaranya Peto Galim (Inanam), Awang Husaini Sahari (Petagas), Ruji Ubi (Merotai), Rufinah Pengeran (Tulid), dan Romansa Lamin (Segama).

Turut dinamakan Abdul Said Pimping (Gum Gum), George Hiew (Karamunting), Jamawi Jaafar (Melalap), Yamani Hafez Musa (Sindumin), dan Thonny Chee (Api-Api).

Percaturan ini berlatarkan kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional, dan Gabungan Rakyat Sabah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img