Faisal Halim `luah’ emosi dalam media sosial

PEMAIN tonggak Selangor FC (SFC), Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey, menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar hitam putih tanpa kapsyen di Instagram, semalam.

Ruangan komen dibanjiri dengan mesej sokongan dan doa daripada peminat yang mendoakan agar Faisal terus tabah menghadapi pelbagai cabaran, bukan sahaja dalam kerjaya bola sepak tetapi juga kehidupan peribadi, lapor Astro Awani.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini berdepan pelbagai dugaan di luar padang, termasuk isu rumah tangga yang kembali mencuri perhatian umum.

Tahun lalu, anak kelahiran Pulau Pinang itu menjadi mangsa serangan asid di sebuah pusat beli-belah, menyebabkan beliau terpaksa berehat panjang daripada arena bola sepak.

Namun, pada Ogos lalu, Faisal kembali pulih dan menyertai semula skuad Selangor.

Beliau turut dipanggil menyertai pasukan kebangsaan bagi kempen kelayakan Piala Asia 2027 di bawah kendalian jurulatih Peter Cklamovski.

Isnin lalu, isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahri memuat naik gambar di media sosial dengan kapsyen berbunyi: “Perkahwinan bukan satu perjudian, patut la layan aku macam sampah,” sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Terdahulu, pada 2 September lalu, Nur Syazwani telah memfailkan permohonan perceraian secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Klang, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Faisal dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img