Pendakwah Indonesia mohon maaf kontroversi cium budak perempuan

PENDAKWAH terkenal dari Kediri, Jawa Timur, Mohammad Elham Yahya Luqman atau Gus Elham, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas video beliau mencium kanak-kanak perempuan menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Tindakan itu menerima kritikan hebat termasuk daripada Timbalan Menteri Agama, Romo Muhammad Syafi’i yang menyifatkan perbuatan pendakwah tersebut tidak sesuai, lebih-lebih lagi kerana beliau merupakan seorang tokoh agama.

“Kami sependapat dengan masyarakat bahawa tindakan ini tidak wajar!” tegas Romo Syafi’i memetik laporan Antara pada Selasa.

Beliau menambah, kementerian telah mengeluarkan panduan jelas untuk memastikan madrasah dan pesantren menjadi persekitaran mesra kanak-kanak, di mana hak pelajar dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan.

Pengurusan Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) juga mengecam tindakan Gus Elham, dengan menyatakan bahawa ia bertentangan dengan akhlak mulia dan prinsip dakwah Islam rahmatan lil ‘alamin.

Pengerusi PBNU, Alissa Wahid menegaskan bahawa sebarang perbuatan yang merendahkan martabat kanak-kanak adalah pelanggaran serius terhadap nilai kemanusiaan dan merosakkan kredibiliti dakwah.

Gus Elham melalui akaun Instagram @fuadbakh, menyifatkan insiden itu sebagai kekhilafan peribadi dan menegaskan komitmennya untuk memperbaiki diri.

“Dengan penuh rendah hati, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat atas tersebarnya video yang menimbulkan kegaduhan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img