Ireland kejutkan Portugal, Ronaldo terima kad merah pertama dalam kariernya di peringkat antarabangsa

REPUBLIK Ireland terus kekal dalam perebutan tempat ke Piala Dunia 2026 selepas mereka mengejutkan Portugal dengan kemenangan 2-0 di Stadium Aviva, dengan Cristiano Ronaldo pula dilayangkan kad merah.

Troy Parrott menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah di Dublin, sementara nasib berbeza menimpa bintang nombor tujuh Portugal apabila Ronaldo menerima kad merah pertama dalam karier antarabangsanya, pada penampilan ke-226.

Penyerang AZ Alkmaar itu memberikan Ireland pendahuluan selepas 17 minit apabila satu sepakan sudut jauh ke tiang jauh ditanduk semula ke kawasan gol oleh Liam Scales, dan Parrott berada tepat pada waktunya di dalam kotak untuk menewaskan Diogo Costa.

Chiedozie Ogbene hampir menambah jaringan apabila rembatan rendah melengkungnya terkena tiang, namun Parrott menggandakan kedudukan pada penghujung babak pertama selepas berjaya mengawal satu hantaran jauh daripada Dara O’Shea.

Harapan Portugal untuk bangkit hampir musnah apabila Ronaldo diarah keluar padang selepas semakan VAR , susulan insiden di mana beliau dilihat menyiku O’Shea dalam keadaan beremosi.

Skuad kendalian Heimir Hallgrimsson kini hanya tiga mata di belakang Portugal dalam Kumpulan F dan ketinggalan satu mata di belakang Hungary di tempat kedua sebelum pertemuan mereka pada Ahad, yang akan menutup kempen kelayakan mereka.

Pada usia 23 tahun 282 hari, Parrott kini pemain ketiga termuda yang menjaringkan lebih daripada satu gol dalam perlawanan kompetitif untuk Ireland, selepas David Connolly menentang Liechtenstein pada Mei 1997 (19 tahun) dan Robbie Keane menentang Malta pada Oktober 1998 (18 tahun).

Bekas penyerang Tottenham itu juga merupakan pemain pertama yang menjaringkan lebih daripada satu gol dalam mana-mana perlawanan untuk Ireland sejak Callum Robinson menjaringkan hatrik menentang Qatar pada Oktober 2021.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img