PRN SABAH:  11 calon bertarung di DUN Tanjung Keramat, 9 berentap di Tanjung Aru

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah ‘meneruskan tradisi’ calon paling ramai bertanding di sesuatu kawasan.

Hari ini proses penamaan calon PRN tersebut menyaksikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat 11 calon yang bersaing

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Keramat Masawi Salleh mengesahkan menerima pencalonan Shah Alfie Yahya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Jeffery Noor Mohamed (Barisan Nasional), Farish Adamz Shah (Perikatan Nasional), Firdaus Diun (Warisan).

Segarah Miasin (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Mahadthir Asbollah (Parti Impian Sabah), Mil Kusin Abdillah (Parti Kerjasama Anak Negeri) dan Rosday Wasli (Upko)

Shah Alfie adalah adik kepada Shahelmey Yahaya yang menang kerusi itu dengan majoriti 1,124 pada PRN 2020.Shahelmey tidak bertanding kali ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu membuat keputusan tidak bertanding, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putatan.

Jika beliau bertanding sebagai calon selain dari BN, Shahelmey yang digantung keahlian oleh UMNO perlu melepaskan kerusi Parlimen Putatan selaras dengan undang-undang akta antilompat parti.

DUN TANJUNG ARU  9 calon bertanding dengan tumpuan kepada pertembungan Naib Presiden Warisan Junz Wong dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin.

Dalam PRN lalu,  Wong memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,147 undi. Selain Chan yang mewakili Pakatan Harapan (PH), turut bertanding Suhaimi Buang (Perikatan Nasional), Yee Wee Ping (Parti Impian Sabah), Wong Cheng Chee (Parti Kerjasama Anak Negeri), Dennison R Indang (Upko) dan Zaim Ansawi (bebas).

Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Aru Masawi Salleh selepas proses penamaan di Dewan Sri Putatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img